Tuesday, October 14, 2008

Graeme Souness - Bermulanya Kemelesetan Liverpool


Kajian akan menunjukkan bahawa kemelesetan Liverpool bermula apabila Graeme Souness dilantik menjadi Pengurus. Walaupun beliau berjaya memenangi satu kejuaraan Piala F.A., pengurusan beliau dianggap sebagai zaman meleset dan mulanya kejatuhan Liverpool sebagai pasukan yang menguasai bola sepak Inggeris, dan digantikan oleh Manchester United di bawah pimpinan Alex Ferguson. Dalam tahun 1993, Liverpool hanya menduduki tangga ke-6 dalam Liga Perdana dan tidak memberikan cabaran langsung kepada pasukan-pesukan yang mencabar untuk kejauraan tersebut. Tahun 1994 juga tidak menunjukkan perubahan, dan Graeme Souness meletakkan jawatan apabila Liverpool ditewaskan mengjut oleh Bristol City dalam perlawanan piala F.A. dalam tahun 1992 setelah mengalahkan Sunderland

Penganalisis mengatakan bahawa Graeme Souness telah mengenepikan ataupun melepaskan pemain-pemain utama dan membawa masuk pemain-pemain yang kurang menyerlah. Antara pemain yang dilepaskan oleh Graeme Souness adalah Steve McMahon yang dijual kepada Manchester City pada usia 30 tahun, walaupun beliau boleh terus menyumbang untuk 2 atau 3 tahun lagi. Malangnya, Graeme Sounessidak mencari pemain ganti yang sama kaliber dengan Steve McMahon, dan kesannya, keupayaan pasukan secara keseluruhannya terjejas.

Penggunaan taktik yang tidak mantap, kesilapan mengendalikan perpindahan masuk pemain dan pengurusan manusia yang kurang baik membawa kesan negatif kepada Liverpool dan meluncurkan kemelesetan pasukan yang pernah menjadi pasukan agung di Eropah. Desas-desus mengenai pertelegahan di dalam bilik persalinan negitu bang\yak sekali, sehingga menyatakan kepada penemuramah Ian RushSky Sports bahawa "cawan teh berterbangan" tidak menjadi perkara baru. Greame Souness menuduh pemain-pemain senior tidak bersemangat dan memberikan peluang kepada pemain-pemain muda seperti Steve McManaman.

0 comments:


Blogspot Template by Isnaini Dot Com Powered by Blogger and Local Jobs