HAMAS adalah singkatan dari Harakat Al-Muqawwamat Al-Islamiyyah atau The Islamic Resistant Movement. Sejarah HAMAS bermula sebagai kumpulan militan yang majoritinya bermazhab Sunni (Ahlussunnah wal jama’ah), lalu berkembang menjadi sebuah parti politik yang berhasil memenangi majoriti kerusi di parlimen Palestin.
HAMAS diasaskan pada tahun 1987 oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, As-Syahid Dr. Abdel Aziz al-Rantissi, dan Muhammad Taaha yang merupakan sayap atau bahagian dari kkumpulan Ikhwanul Muslimin (Islamic Brotherhood) di Palestin pada saat awal Intifadha bergerak dari tahun 1987 hingga 1993.
Pada Pemilihan Raya Palestin tahun 2006, parti politik HAMAS telah berhasil memenangi 76 kursi parlimen dari 132 kursi yang ditandingkan pada saat itu. Kemenangan HAMAS di pentas politik bangsa Palestin ini secara langsung telah menggoncang kekuatan Fatah (PLO atau Palestinian Liberation Organization) sekaligus mengubah selera politik di Timur Tengah yang selama beberapa dekad sebelumnya sentiasa dikuasai oleh PLO.
HAMAS yang sebelum ini selalu dianggap sebagai kumpulan militan menumpang, kini layak dihormati & ditakuti oleh rejim zionis sebagai salah satu kekuatan penentang yang mewakili bangsa Palestin yang mampu membuat kumpulan penjajah Zionis ketakutan & sentiasa berwaspada. Bangsat-bangsat Zionis paling setia, seperti Amerika dan Eropah serta beberapa elit politik Arab di Timur Tengah pun merasa gerun dengan keberhasilan jua kemampuan di atas pencapaian HAMAS di pentas politik Palestin dan dunia. Simpati, sokongan moral dan kewangan dari rakyat Muslimin dan juga sebahagian masyarakat antarabangsa pun segera mengalir ke HAMAS dan hal itu membuatkan wajah organisasi PLO nampak seperti “Badut” yahudi.
Setelah kemenangan HAMAS pada tahun 2006, Hizbullah di Lebanon termasuk Iran pun terus menyatakan bersedia untuk menyokong HAMAS termasuk membekalkan HAMAS dengan persenjataan dan military know-how. Tanpa ditangguh lagi, pada tahun yang sama, tentera Israel segera menyerbu wilayah pertahanan Hizbullah di Lebanon Selatan yang awalnya ditujukan untuk melumpuhkan tentera Hizbullah, tapi malangnya berakhir dengan kemenangan Hizbullah setelah 30 hari lebih bertempur dan pasukan Israel ditewaskan Hizbullah.
Beberapa Persenjataan HAMAS
1. Peluru berpandu Anti Tank Al-Bana dan Al-Yassin
Jangan memandang rendah pada peluru berpandu jarak pendek yang radius tembakannya hanya sejauh 500 meter ini. Kerana meskipun radiusnya hanya 1/2 kilometer, tapi daya ledaknya mampu menghancurkan tank Merkava Israel. Di samping itu, sistem pelancarannya yang sederhana dan hanya melibatkan kawasan yang kecil membuat ia sangat sukar dikesan oleh pihak lawan dan memang sangat sesuai untuk pertempuran di dalam bandar atau Urban War. Berita baiknya, peluru berpandu yang asli buatan Rusia dengan nama PG-2 ini sudah mampu dihasilkan secara sendiri oleh HAMAS. Inteligent Israel sendiri mengakui bahawa hampir seluruh anggota HAMAS mampu menngunakan peluru berpandu anti tank ini.
2. Peluru berpandu anti Tank Al-Batar
Al-Batar adalah Peluru berpandu anti tank jarak jauh yang membawa hulu peledak seberat 3.5 kilogram. Radius tembaknya adalah sekitar 3 kilometer atau 1.7 mil. Meskipun sudah disahkan kewujudannya oleh pihak inteligent Israel, tapi hingga saat ini, HAMAS sendiri belum mahu menunjukkan kekuatan peluru berpandu yang canggih ini. Sistem operasinya yang menggunakan laser guided ditambahkan dengan daya ledakanya yang besar dan kuat mengakibatkan tentera-tentera Israel kecut dengan peluru berpandu HAMAS yang satu ini.
3. Peluru berpandu Al-Samoud
Peluru berpandu 120mm darat ke darat ini memiliki radius tembak sejauh 8 kilometer. Hanya sedikit informasi yang dimiliki oleh tentera militer Israel mengenai peluru berpandu HAMAS yang satu ini. Yakni, adakah HAMAS telah menghasilkan secara sendiri atau ia masih disalurkan dari luar negeri.
4. Peluru berpandu Anti Pesawat, UAV, dan Helikopter
Pada bulan November 2004, HAMAS memberitahu kepada media dunia bahawa militer HAMAS kini sedang mengembangkan peluru berpandu darat ke udara yang mampu menjatuhkan pesawat-pesawat Israel. Projek rahsia militer HAMAS ini diketuai oleh As-Syahid Nasir Rayyan. Meskipun canggih, tapi operasinya yang teliti sekaligus memerlukan penilitian dan cermat. Inteligent Israel mengatakan bahawa Iran dan Hizbullah terlibat di atas latihan khusus yang diberikan kepada militer HAMAS. Peluru berpandu ini berasal dari Rusia dengan nama SA-7 dan telah beberapa kali digunakan Hizbullah untuk mennjatuhkan dan menghancurkan helikopter dan UAV Israel.
5. Peluru berpandu Hawkeye
Peluru berpandu ini telah berhasil dikembangkan secara sendiri oleh Brigade Syuhada Jenin. Ia memiliki jarak tembak sejauh 55 kilometer dan memapu membawa hulu peledak seberat 5 kilogram.
6. Rudal Kafah
Menurut laporan intelijen bahwa rudal ini awalnya dikembangkan oleh milisi FATAH dan pada November 2004 pernah digunakan untuk merangsak pertahanan Israel di Netzarim. Pada Oktober 2005, Brigade Syuhada Al-Aqsha mengumumkan bahwa mereka telah memodifikasi rudal ini dan menamakannya Al-Aqsha 3. Rudal ini memiliki jarak tembak sejauh 17 kilometer.
7. Peluru berpandu Nasser
Rudal ini memiliki beberapa klasifikasi, dari yang jarak pendek, sederhana, hingga jarak jauh. Peluru berpandu yang sudah diubahsuai oleh HAMAS ini memiliki daya ledakan dua kali lebih kuat dari yang asli. Pada 28 Jun 2004, Peluru berpandu ini berjaya menewaskan dua tentara Israel yang disahkan Israel sebagai tenteranya.
Sunday, January 25, 2009
Posted by sharap at Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment