Gerard Houllier dilantik menjadi pengurus bersama dalam tahun 1998-1989, tetapi perkongsian tersebut gagal. Roy Evans akhirnya melepaskan jawatan Pengurus Liverpool separuh jalan musim tersebut.
Tahun 2001 merupakan musim paling berjaya buat Liverpool sejak peninggalan Kenny Dalglish. Pemain-pemain muda seperti Michael Owen, Robbie Fowler dan Steven Gerrard digandingkan dengan pemain berpengalaman seperti Sami Hyypia dan Liverpool mengakhiri musim tersebut di tempat kedua, dan melaykkan diri untuk pertandingan Liga Juara-Juara. Liverpool juga berjaya memenangi tiga kejuaraan tahun tersebut, iaitu kejuaraan Piala Liga, Piala F.A. dan Piala UEFA. Liverpool juga menang Community Shield and European Super Cup. Liverpool menag lagi Piala Liga dalam tahun 2003, tetapi Liverpool tidak dapat bersaing dengan juara Liga. Pada tahun itu, Liverpool ketinggalan 30 mata berbanding Arsenal, juara Liga tahun tersebut. Desakan penonton yang semakin resah memaksa Gerard Houllier melepaskan jawatan pengurus.
Gerard Houllier disalahkan kerana membelanjakan wang yang banyak membeli pemain-pemain yang tidak dapat beraksi dengan baik di Liga Perdana. Antaranya adalah pembelian Salif Diao dan El-Hadji Diouf, Bruno Cheyrou. Gerard Houllier berjaya membeli Djibril Cisse dari Auxerre tetapi tidak dapat bekerjas bersama Djibril Cisse kerana beliau meletak jawatan sebelum Djibril cisse melaporkan diri di Liverpool.
0 comments:
Post a Comment